Ahli Jawatankuasa Induk PSS 2014

Ahli Jawatankuasa Induk PSS 2014

Friday, 20 June 2014

Membudayakan amalan membaca

Warga SSI diseru agar membudayakan amalan membaca, kerana membaca adalah jambatan ilmu. Guru media, khasnya, Cik Noridah Binti Kasim senantiasa mencari slot bagi memberitahu kepada para pelajar tentang program atau aktiviti yang dianjurkan oleh gedung ilmu ssi. Diharapkan warga ssi mendapat manfaat daripada program-program yang telah dirancangkan.

Cik Noridah Binti Kasim memberitahu kepada para pelajar tentang program-program yang dianjurkan oleh gedung ilmu SSI pada perhimpunan rasmi.

Monday, 16 June 2014

Teratak Lestari dan Teratak Pesona

Amalan membaca boleh dilakukan dimana sahaja berada. Teratak lestari dan teratak pesona menyediakan tempat yang santai bagi para pelajar, khasnya, warga SSI, amnya melakukan aktiviti di dalam suasana yang lebih selesa.





Saturday, 15 June 2013

Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada pasukan debat Bahasa Inggeris SMK Sultan Ismail, Johor Bahru yang telah dinobatkan sebagai JOHAN peringkat negeri semasa program English Carnival 2013. Mereka akan mewakili Johor ke peringkat kebangsaan "Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad Debate Cup" di Teluk Batik Resort, Lumut, Perak pada 23 Jun 2013 hingga 26 Jun 2013.